Penjepunan Melalui Manga dan Anime

Manga adalah kartun yang diciptakan mengikut gaya Jepun. Apa yang membimbangkan adalah seluruh industri manga Jepun menggunakan media ini yang mendapat sambutan dan minat kanak-kanak, golongan remaja dan dewasa muda untuk menanam propaganda pemikiran Jepun secara tidak langsung dalam minda masyarakat muda. Secara tidak sedar, konsep baik buruk, kebaikan dan kejahatan dari sudut falsafah Jepun, menjadi pegangan golongan yang meminati manga dan anime. Dalam erti kata lain, Jepun menggunakan manga dan anime sebagai alat penyebaran propagandanya dalam usaha menjalankan proses penjepunan.Masalahnya bukanlah dengan gaya penghasilan manga atau anime, tetapi kebanyakan karya-karya manga dan anime dari Jepun digunakan oleh orang Jepun untuk menjalankan pembudayaan pemikiran ala Jepun. Secara tidak langsung manga dan anime boleh diumpamakan seperti alat-alat yang membina sifat Kejepunan dalam diri golongan muda. Seperti yang kita ketahui, dalam era globalisasi ini bentuk kolonisasi sudah berubah. Pada hari ini kolonisasi adalah dalam bentuk penjajahan minda yang menjadi asas kepada penjajahan ekonomi. Indusstri manga pada tahun lepas sahaja telah mengaut keuntungan sebanyak USD213 Juta.

Selain daripada itu, asas kebanyakan manga dan anime Jepun adalah tahyul dan imaginasi diluar dimensi realiti hakiki. Ini secara langsung menjadikan manga dan anime suatu bentuk ketagihan yang sukar ditinggalkan. Dunia fantasi yang dibina oleh artis-artis manga dan anime mengutarakan elemen-elemen “escapism”, yang diidam-idamkan oleh masyarakat hedonis yang tidak mahu dibebani cabaran realiti seharian.

Turut membimbangkan adalah konsep-konsep fantasi yang ditonjolkan ini banyak memuatkan unsur-unsur seks, keganasan, dan ketahyulan. Contoh manga Jepun yang dikritik hebat baru-baru ini adalah manga Death Note yang telah diadptasi menjadi filem. Unsur ketahyulan yang ganas dan kecenderungan untuk mencabar kewarasan akal dan kepercayaan manga tersebut dikritik hebat oleh pelbagai pihak.

Hentai pula adalah kategori animasi dan manga Jepun yang berasakan fantasi seks semata-mata. Industri Hentai begitu pesat sekali diseluruh dunia sehinggakan mampu menggugat industri pornografi di America Syarikat. Malah terdapat aliran pornografi america yang meniru gaya manga dan anime untuk memastikan persaingan dalam pasaran yang didominasi karya-karya hentai Jepun. Selain itu industri fesyen turut dipengaruhi oleh manga dan hentai Jepun. Gaya fesyen yang diketengahkan oleh artis-artis manga menjadi tren kepada golongan muda, sekaligus menyokong hujah bahawa proses penjepunan sedang berlaku dalam semua aspek kehidupan. Antara contoh-contoh fesyen tersebut dapat dilihat dalam filem-filem animasi seperti Final Fantasy, Dragon Ball, Ultraman, dan Karate Kid.

Pemakanan Jepun, seni mempertahankan diri, dan budaya drift masyarakat muda Jepun mengunakan medium manga dan animasi untuk bertapak diserata dunia. Budaya Jepun mula dikenali masyarakat dunia melalui manga dan animasi mereka. Kanak-kanak yang berumur 5 ke 12 tahun pun tahu akan Sushi, atau kuih Dorayaki yang diminati Doreamon. Jika diteliti, kita dapat melihat perang falsafah, ideologi dan pembudayaan diantara Barat dan Jepun. Umpama perang dunia ke-dua telah mengambil pelbagai rupa baru dalam usaha menengahkan fahaman masing-masing. Bagi setiap perkara yang menjajah minda yang datangnya dari Barat ada sahaja pencabarnya dari Jepun. Masyarakat dunia pula yang menjadi pasaran sasaran mereka. Apa yang ketara, manga dan anime Jepun telah berjaya membawa wadah penjepunanya. Walaupun tidak 100%, namun budaya Jepun pada hari ini adalah budaya yang paling dikenali diserata dunia.

Otaku pula adalah gelaran yang diberi kepada mereka yang terlalu taksub dengan manga dan anime Jepun, secara lebih tepat lagi subbudaya manga dan anime. Contohnya peminat Death Note yang telah taksub dengan susun atur fantasi tersebut sehingga kehidupan sebenar mereka dipengaruhi falsafah-falsafah yang diketengahkan oleh manga tersebut, sehinggakan menjadi seakan-akan kultus. Otaku ini sebenarnya merupakan suatu terma yang membawa konotasi yang menghina dikalangan orang Jepun, walaubagaimanapun peminat-peminat manga dan anime Jepun diluar Jepun bangga dengan perlebelan Otaku terhadap mereka. Mereka menerimanya sebagai suatu pengiktirafan kejepunan mereka.

Penjepunan melaui animasi dan manga ini begitu meluas sehinggakan baru-baru ini, epic Ramayana yang menjadi sebahagian daripada kitab suci agama Hindu telah diadaptasi menjadi anime. Manga dan anime terus digunkan oleh Jepun untuk pembudayaan semula masyarakat global. Perang saraf Jepun kini telah mengambil wajah baru, dimana golongan muda diserata dunia kini mempunyai suatu bentuk hubungan secara tidak langsung dengan Jepun. Manga dan anime, menjadi medium utama dalam mencapai wawasan Maharaja Meiji. Namun dalam usaha-usaha tersebut apakah yang akan terjadi kepada budaya-budaya lain di seluruh dunia?

7 Responses

  1. i’m a manga fan. i’m also an anime fan. hm. but i dont think the influence is overall..negative. CLAMP did the manga for rg veda, but the followers weren’t influenced. i guess it depends on how you look at it..and how you choose to let things get to you. as long as you have a firm belief of what’s yes and what’s no..it shouldn’t be a problem..right? at least, i see it that way. knowing your limit is how you get to keeps things the way they should be. =) it’s a nice post, really.

  2. Hehe.. well what is negative and positive i really dont know… according to my fellow author Aisha in her benar-dan-salah that actually falls under a contested idea. So yea it depends on how you look at it. But one thing is for sure, that mangas and animes has a world wide influence and is it a subtle way to spread propaganda, not necessarily a bad thing…

  3. all pop cultures (rock, punk and blablabla) have positive and negative sides, not just anime. But it is only natural for people who are not interested on a particular culture to only see the negative side of it. i don’t blame you for hating anime culture, but please, LURK MOAR and understand.

  4. Akal fikiran manusia dalam mengadaptasi yang terlihat dan tersembunyi sering kali dikaitkan dengan penerimaan sesuatu konsep yang tercipta dari pengamatan mereka. Konsep yang terbit ini sentiasa meliar untuk mempengaruhi minda manusia dalam mentafsir setiap butir kewajaran. Penghuni kota dan desa menatap perkara yang sama tetapi penaksiran yang berbeza walau dalam wilayah yang sama.

  5. Hey Saru, i did not say or even indicate that i hate anime. I am big fan of anime myself. Just because i write a piece on its influence around the world, that does not mean i hate it. Did you even read my post??? If you did you would notice that i have given empirical evidence of Japanization through anime and manga. If you wish to criticise then tell me why my evidence is rebuttable, not just accuse me of hating anime and then asking me to look more. What makes you think that i understand less about anime then you do? I just did a fair ammount of research and produced an article on it, with my years of experince reading manga and watching anime…

  6. free market? hehe

  7. just like dato rimau said…it depends on how u look at it. anywy it’s one of the japanese ”strategy” to conquer to world. previously they used to ”conquered” by wars, but now they are more on using psychology…..but conquer doesnt mean bad, it just that they conqeur the world’s economy….by selling off their culture and philosophies…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: