Opera

Oleh Jack Frost

Di mana sekalipun, manusia tentu saja terbelenggu dan dibelenggu. Bahkan, belenggu-belenggu yang menghambat manusia ini merupakan suatu hal yang tidak terelakkan baik dari sudut yang dampak atau yang tersembunyi. Mungkin sekali benar, mati yang seringkali dimomokkan sebagai sebuah kesunyian yang dahsyat itu sebenarnya merupakan jalan akhir bagi manusia untuk bebas daripada kehidupan – yang dipenuhi dengan tuntutan-tuntutan serta kepatuhan – yang sama sekali membebankan.

Menurut Shariati, penjara paling besar bagi manusia itu terbahagi kepada empat; alam, sejarah, masyarakat dan diri. Manakala untuk mengatasi setiap satu daripadanya, manusia itu sendiri harus menyedari hakikat keberadaannya dalam penjara-penjara tersebut. Justeru, dengan menanggapi jalur hakikat tersebut, manusia lantas mampu menemukan ilham serta jalan untuk keluar daripadanya sekaligus mengubah serta menentukan sendiri perjalanan hidupnya. (more…)

MALAYSIA VS INDONESIA: ANALISIS PENUH PERLAWANAN

oleh Thierry Helmy

Sebentar tadi berlangsung perlawanan yang paling ditunggu-tunggu oleh 2 negara bekas jajahan eropah, Malaysia menentang Indonesia.Konfederasi Bola Sepak Asia seolah-olah sengaja mempertemukan 2 pasukan ini..Barangkali ini adalah agenda Freemason untuk melihat 2 negara ini bertelagah antara 1 sama lain. Tidak kedengaran teriakkan “Indonesia itu Anjing”, mahupun “Malingsia”, yang ada cumalah teriakan kedua dua penyokong member sokongan padu untuk pasukan masing-masing. Buat pertama kali aku memuji sikap penyokong kedua-dua pasukan baik Malaysia mahupun Indonesia.

Ok,intro review game aku kali ini macam celaka. Tak menarik langsung.Harap yang membaca jangan jadi bosan sebab aku cuma mengulas berdasarkan fakta,dan pengalaman aku dalam melihat perlawanan dan sebagai pemain,bukan macam Hasbullah Awang yang tak reti main bola tapi cuba ulas pasal bola,sampai nama orang pun main sedap mulut jek..Kadang aku terfikir,perlunya kursus pengulasan sukan bola sepak di setiap university agar bila mereka mengulas,tak la berterabur macam abang Hasbullah..(maaf bang,ini kenyataan.Aku selalu perati jek abang ne mengulas) (more…)

Konon Hooligan,Konon Terer dan Power..

oleh Thierry Helmy

28 juta rakyat Malaysia menjadi saksi kepada kekalahan Malaysia kepada jiran seberang tambak,Singapura dengan jaringan 3-0..10 juta rakyat terkejut akan kekalahan tersebut,10 juta lagi buat tak tahu,4 juta kecewa,manakala 4 juta lagi sibuk berpegangan tangan sambil makan cekedis bersama makwe/pakwe masing-masing. Barangkali yang 4 juta yang sibuk dengan ‘in relationship’ tu akan berkata,”apa barang tengok AFF,kami tengok UCL je bro”..Paling tidak pun,”Eh,maaf bro..saya tidak minat bola,saya minat kriket”..10 juta yang kononnya terkejut tu tidak dapat menerima kekalahan Malaysia dan mula melakukan provokasi kepada pihak lawan..4 juta yang kecewa tu sebenarnya telah lama kecewa dengan bola negara. Dan mungkin dalam hati mereka,”Pergi mampus lah bola Malaysia,baik aku tengok Nicol main skuasy”. Ya,inilah rencah bola sepak negara..Tolong jangan buat-buat tidak percaya.. (more…)

Tentang Catitan dan Cinta

Oleh: Arjuna Dharmawijaya

Atas nama tuhan – pada setiap bermulanya kejadian.

Cinta itu pengharapan.  Barangkali, itulah hal yang menyorot kita untuk menjadi semakin berubah.  Aku percaya, kemanusiaan tidak akan hilang dengan cinta. Cinta mengajak kita menerokai ruang-ruang yang paling intim dalam proses yang semakin menjadi – memanusiakan manusia dan pada hal yang lain, memberi kata hayat tentang hubungan waktu dengan alam. 

Cinta, pada satu sudut yang lain – mengajar manusia untuk memaknai segenap persoalan alami. Misalnya, memberi keyakinan bahawa erti hidup ini menjadi erti.  Itupun, kalau kita sedar bahawa hidup adalah untuk mencari jawapan yang serba ketidakpastian. Jadi, pada cinta – kita sandarkan segodam pengetahuan yang memaknai hidup ini supaya dengan harapan, kita masih punya inkuiri untuk berubah.  Lagikan pula, kita sering merasakan bahawa cinta adalah hal yang perlu dikerjakan. Mungkin, pada ranah kemanusiaan – cinta adalah suatu hakikat yang memisahkan manusia pada kata yang lain. Namun, aku percaya bahawa cinta bukan sekadar kata-kata indah, kerana lebih daripada itu, ia berkunjung dari noktah kepada noktah yang lain. Jadi,  tafsiran pada ‘cinta’ itu sendiri bertingkah pada ruang dan waktu. Lantas, merencanakan kemahuan manusia untuk sedia berubah. Dan, itu adalah suatu kepastian yang jelas. (more…)

Sunni, Syiah dan Ramadhan

Oleh: Alfian Zohri  (Anak muda yang meminati Malek Nor dan Remy Ishak, kini berkelana di Korea Selatan, menghayati K-Pop)

Saban hari semenjak tercetusnya revolusi di dunia Arab, tidak pernah lekang dari muka akhbar akan cerita tentang rakyat dan pemerintah. Cerita pembunuhan dan perlawanan antara kedua dua kelas tersebut. Dunia dikejutkan dengan kematian Kolonel Gaddafi dan berita perbicaraan Husni Mubarak. Akan tetapi intipati ceritanya kini telah berubah, cerita baru ini telah membawa rakyat dunia kepada kasus Sham (Syria) yang kian meruncing.

Ramai dari umat Islam khususnya dari Malaysia yang masih lagi beranggapan kasus di Sham adalah penentangan antara kelas mazhab Sunni dan kelas Syiah. Ini dapat dilihat dari laman sosial Facebook secara jelas ada yang memuat naik artikel artikel dan gambar gambar berkaitan dengan konflik antara kedua-dua mazhab tersebut. Ini adalah bacaan politik yang salah, secara realpolitik-nya konflik di Sham tercetus bukan kerana perbalahan mazhab, diulangi bukan kerana mazhab. (more…)

Trailer: philosophy, history, politics lecture

Lecture on the history of ideas

Perlancaran Buku & Forum

Perlancaran buku

Wacana Baru Politik Malaysia: Perspektif Ruang Awam, Budaya dan Institusi’.

Oleh: YB Senator Dr Syed Husin Ali

&

Forum Bersih 3.0 dan PRU13:

Politik Malaysia Antara Radikal dan Demokrasi Prosedural

Panelis: Fahmi Reza, Sharaad Kuttan, Hishamudin Rais & Fathi Aris Omar (Moderator)

Masa dan tarikh: 2.30 petang, 26hb Mei 2012

Tempat: KLSCAH

 

Bersih 3.0 setidaknya menjadi titik temu masyarakat Malaysia yang terpisah secara sistematik melalui institusi pendidikan, parti politik dan lain-lain institusi sosial. Harus diambil ingatan, Bersih 3.0 yang berjaya mengumpulkan lebih 250,000 orang di jalan raya Kuala Lumpur diadakan dengan notis pendek kurang sebulan dan diadakan tidak sampai setahun selepas Bersih 2.0 (meskipun baru-baru ini Rais Yatim mendakwa hanya 22,270 orang). Demonstrasi paling besar selepas Reformasi 1998 ini dengan penyertaan anak muda (termasuk bukan Melayu) yang amat ramai menuntut penjelas lebih daripada sekadar peranan watak Ambiga dan A Samad Said.

Ternyata politik Malaysia kini terdorong untuk bergerak maju kedepan dipacu oleh gelisah rakyat yang mahukan perubahan. Politik tidak hanya soal membuang untuk lima tahun sekali. Mereka bukan hanya menuntut reformasi peti undi tetapi perubahan total bagaimana demokrasi diuruskan di negara ini. Mereka menuntut ruang yang selama ini ekskusif hanya untuk segelintir. (more…)

PAS HILANG TARING: KRITIKAN RINGKAS KEPADA PENDAPAT PROF MADYA DR SAMSU ADABI

 Oleh:Mohd Rizal Bin Hamdan

Keratan Akhbar Berita Harian 17 Mei 2012

PENDAHULUAN

Artikel ini ditulis untuk mengkritik pendapat yang dikemukakan oleh seorang ‘penganalisis politik nasional’ iaitu Prof Madya Dr Samsu Adabi dari Program Sains Politik UKM. Penulis baru-baru ini berkesempatan membaca ‘analisis-pendapat’ beliau berkenaan situasi politik Malaysia kontemporari di dalam Akhbar Berita Harian bertarikh 17 Mei 2012. Dalam laporan berita yang bertajuk ‘PAS Hilang Taring Tumpang Parti Lain’, beliau (Prof Madya Dr Samsu Adabi) telah menyatakan:

…”Tindakan PAS yang tidak konsisten itu menunjukkan mereka terpaksa mengenepikan ideologi perjuangan Islam yang menjadi teras parti semata-mata mahu menampakkan pembangkang bersatu dan tidak berpecah-belah”…

Selain itu, penulis ingin memetik juga sedikit laporan tersebut, di mana beliau menyatakan:

…..”Kenyataan Hadi yang tidak mahu membincangkan isu hudud jelas menunjukkan PAS kian terhimpit dan terpaksa memilih sama ada mahu mempertahankan ideologi yang dibawa parti atau terus dalam perjuangan pakatan pembangkang walaupun terpaksa mengorbankan prinsip”….

Membaca laporan berita yang memetik pendapat beliau tersebut, penulis merasakan, ‘penganalisis politik’ ini secara jelasnya tidak memahami atau sengaja tidak menyedari asas analisis politik. Kritikan penulis seterusnya berangkat daripada 2 persoalan dibawah:

1) Apakah beliau melihat PAS semata-mata sebagai sebuah Organisasi Dakwah yang bersifat ‘Non Governmental Organisation’ (NGO) seperti ABIM, JIM, PEKIDA,ISMA dan sebagainya? Tidakkah beliau menyedari hakikat bahawa PAS merupakan sebuah parti politik yang bersaing dalam arena merebut kuasa pemerintahan?

2) Apakah sebagai seorang ‘Saintis Politik’ beliau tidak mengetahui (tidak memahami) konsep ‘Consociational Democracy’ iaitu kerangka teoritikal yang dominan mengkaji politik dalam Negara multi etnik?

Bagi mengelakkan orang ramai yang mengikuti perkembangan politik tanah air daripada terpesong dengan pendapat ‘distorted and false’ sebegini, penulis selaku seorang yang amatur merasa terpanggil untuk memberikan sedikit kritikan. Artikel ini juga tidak bertujuan membela PAS mahupun Pakatan Rakyat, namun bertujuan mengkritik kesilapan yang dilakukan oleh Prof Madya Dr Samsu Adabi Mamat atas kapasiti rasmi beliau sebagai seorang ‘penganalisis politik’. (more…)

1Malaysia dan UKM

Nasib sebuah projek membodek: terbarai.

Hanya cukup dua bulan saja, beginilah hasilnya. Ketika pertama kali dipasang, itu semata-mata untuk mengelabui mata Najib Razak dan Rosmah Mansur yang kebetulan melalui kawasan tersebut untuk menuju ke bangunan Permata Pintar yang berdekatan. Kini, tanpa pembesar negara, projek ini telah terbiar. Duit rakyat telah dihabiskansemata-mata  untuk menutup sebuah sebuah projek terbengkalai. Mungkin kerana Malaysia sudah terlalu pemurah, hingga “pembaziran mutlak” pun boleh dianggap sebagai “perhiasan segera”. 1Malaysia: rakyat didahulukan prestasi diutamakan!

Baca juga: http://diskopi.wordpress.com/2012/03/27/pintar-menutup-korupsi/

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 53 other followers