Posted on November 14, 2009 by Aqil Fithri
Bila kita bercakap tentang Iran dan Jürgen Habermas, kita harus memanggil beberapa sejarah.
Sejarah pertama, tradisi intelektual moden Iran. Dalam sejarahnya, Iran tak seperti nengara muslim yang lain, mereka telah mengalami benturan intelektual yang sekian lama, dan lebih hangat. Ini dapat dilihat dari sosok seperti Jamaluddin al-Afghani, Jalal al-e Ahmad, Sadegh Hedayat, Ahmad Khasravi, Mehdi Bazargan, dll. Dari mereka ini, wacana antara tradisi dan modeniti, antara konservatif dan liberal, telah berantaian demikian lamanya.
Filed under: Artikel | Tagged: Falsafah, habermas, iran | Leave a Comment »
Posted on November 5, 2009 by Aqil Fithri
Di sini saya tak mahu berbicara tentang polemik, atau tentang narasi-narasi kecil. Kita tak mahu terperangkap, sepertimana pascamodenisme.
Persoalan Maza (Dr. Mohd Asri Zainul Abidin) atau anti-Maza (anti-Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin), itu adalah narasi kecil, dan hal yang sungguh remeh-temeh.
Tentu ada yang lebih tinggi dari itu, atau lebih awal dari itu—iaitu berbicara tentang jalan menuju [...]
Filed under: Artikel, Nasional, Pandangan, Politik, Sosial, Tokoh | Tagged: Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Tangkapan Dr. Mohd. Asri zainul Abidin | 2 Comments »
Posted on November 4, 2009 by Aqil Fithri
Schopenhauer (1788-1860) adalah anak tuan tanah, di kota Danzig. Tentu, keluarganya kaya-raya. Ayahnya memang ingin Schopenhauer menjadi sepertinya. Menjadi saudagar besar. Punya harta, punya keselesaan. Hidup damai. Tenteram. Memang, mula-mula Schopenhauer cuba menuruti kehendak ayahnya ini, meski Schopenhauer tak senang dengan kehendak tersebut. Lebih-lebih lagi, Schopenhauer merasakan kesaudagaran bukan tempat baginya. Namun, saatnya ayahnya meninggal, Schopenhauer merasa terpukul sekali, kerana ayahnya tetap saja merupakan kechentaan besar baginya.
Filed under: Artikel | Tagged: Falsafah, Jerman, Schopenhauer | Leave a Comment »
Posted on March 23, 2009 by Aqil Fithri
Asalnya, tak terfikir untuk menulis tentang ini. Waktu itu, apa yang terlintas pada saya, ini adalah soal remeh. Walau bagaimanapun, rasanya perlu juga. Ini tak hanya tentang Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal seorang. Malah, juga tak hanya tentang masa depannya. Tapi, tentang fizik. Dan, juga tentang kesendengan sistem pendidikan negara.
Pertama, biarpun agak terlewat, tahniah [...]
Filed under: Artikel, Surat | 18 Comments »
Posted on January 28, 2009 by Aqil Fithri
Dewasa ini, hukum di universiti kita, “yang terbaik adalah statik.”
Biarpun universiti itu “menara gading”—tanda kemuncak kelimuan—tapi yang sebenarnya bukan begitu. Sudah berapa banyak senat universiti memashyurkan taraf keprofessoran dan melahirkan lambakan akademia, tapi kebanyakan darinya hanyalah mempertahankan malar pengetahuan tertinggi yang pernah diperolehnya sebelum itu.
Dalam martabat pendidikan universiti, sudah tentu tingkat yang tertinggi adalah ijazah [...]
Filed under: Kampus | 2 Comments »
Posted on January 11, 2009 by Aqil Fithri
¨Logo tidak boleh diubah, walaupun salah!,¨ kata pengerusi majlis senat universiti.
Ketika itu sudah hampir dua jam ahli senat bertekak tentang logo universiti. Nak ubah, atau tak nak ubah, atau buangkan terus saja sebahagian simbolnya. Sebab, seorang fizikawan yang juga anggota senat telah syorkan supaya logo UKM harus direkabentuk semula. Baginya, simbol atom yang tercantum pada [...]
Filed under: Uncategorized | Tagged: UKM | 1 Comment »
Posted on October 12, 2008 by Aqil Fithri
Jika kau melarikan diri dengan harapan kedamaian dan kesenangan,
Dari itu kau akan menderita kerugian,
Takkan ada harta kekayaan tanpa perangkap dan kezaliman,
Takkan ada kedamaian kecuali penyerahan jiwa seluruhnya kepada Tuhan — Rumi, Mathanvi
Filed under: Artikel, Falsafah, Spiritual | Tagged: agama, keganasan, tafsiran | 5 Comments »