Saya Anak Bangsa Malaysia!

sam128x128_b-badge.thumbnailOn 3rd November, 2007, a bunch of people who call themselves anak Bangsa Malaysia (SABM) organised a forum at the Dewan Sri Pinang. Malik Imtiaz Sarwar, Khoo Kay Peng, P. Ramakrishnan  and Dato Seri Lim Chong Keat  presented their views and answered questions from the crowd. Four major points were identified from the presentation of the speakers as imperatives if the concept of Bangsa Malaysia or one people, one nation is to become a reality :

  • No more race-based political parties
  • No more incompetence in Parliament
  • Civil society taking ownership of governance of the nation
  • No more racial delineation

First and foremost, i would like to applaud their efforts. On the last 16th September,  the SABM initiative was formally launched whereat they made public the Saya Anak Bangsa Malaysia Charter. But what baffles me is that the resolution reached by the Penangnites after listening to a prominent human rights lawyer, a prominent architect, an independent policy analyst and the president of Aliran, only managed to pull that up and this is what they made a charter.

No more race-based political parties : Yea, good idea. Is that enough? Or… are race based political parties the real problem? What is the point of getting rid of the political parties which merely depicts the general mindset of the population, when you have race based schools/kindergarten/ vernacular schools/ Universities, race based business association and even race based club houses, community centres, markets, eateries, newspapers, radio stations, movies, drama series and God knows what else. These education, economic and social institutions are what that actually influences the way people think, so why fry only the political parties. Also do note that most of the Penangnite who attended the Saya Anak Bangsa Malaysia forum in Penang were of the English speaking, mainstream class who were mostly frequent English speaking non Malays. Typically they were lashing out at UMNO.

No more incompetence in Parliament : Wouldn’t that be nice, but what has the competence or incompetence of any parliamentarian got to do with Bangsa Malaysia or one people, one nation? I would suggest that there should not be incompetence amongst teachers, public servant, judges, enforcement authorities. Script writers, lyrical dealers, movie makers, media people, teachers, businessmen, publishers, these are the those who influence and constantly shape the thinking of the masses. Forget Parliamentarians, they are good for nothing but manipulating all parties for power and fame.

Civil society taking ownership of governance of the nation : One word…Brilliant!!! My standing ovation!!!

No more racial delineation: Easier said than done, lets first shut down our own races, education, economic and social institutions or open them up to other races, then perhaps we can talk about racial delineation.

To those at Saya Anak Bangsa Malaysia, why dont you guys give the politicians a break and reflect on the real culprits. Hopefully you guys take this as positive criticism. We here at Diskopi support you in your endevours, but still it would be better if we were looking at the right direction in building Bangsa Malaysia.

Read more here Peoples Parliament.

About these ads

32 Responses

  1. ini kes gajah depan mata nampak, badak tepi mata tak nampak. atau pon badak tepi mata saja-saja dia orang buat tak nampak. kenapa bila cakap pasal organisasi perkauman, kenapa parti politik sahaja yang dituding jarinya? memang parti politik perkauman sial dan penghalang besar kepada kewujudan bangsa malaysia tapi parti politik bukan satu-satunya sebab.

    kenapa tak masukkan sekali semua organisasi yang membership dia hanya untuk satu kaum sahaja? persatuan peniaga-peniaga melayu, persatuan peniaga-peniaga cina, persatuan peniaga-peniaga india, persatuan peniaga-peniaga india muslim, persatuan peniaga-peniaga muslim dan persatuan-persatuan ekonomi dan sosial yang lain yang berlambak ada kat malaysia ni yang jugak berbentuk kaum.

    ini aku tak faham. parti politik yang berasaskan kaum dikritik habis-habisan tapi persatuan-persatuan ekonomi dan sosial yang jugak membawa agenda kaum, tak pulak dikritik. sedangkan bidang ekonomi tu adalah bidang yang menjadi asas kepada kehidupan manusia. ini bidang cari makan. cari makan adalah punca manusia boleh hidup. kalau bidang ekonomi yang jadi punca manusia hidup ini dibahagi-bahagikan mengikut kaum, maknanya perebutan sumber cari makan adalah jugak mengikut garis kaum. so, kalau dah berebut makan mengikut kaum, macam mana nak lahirkan anak bangsa malaysia?

    ini tak termasuk lagi persatuan-persatuan sosial dan masyarakat sivil yang jugak berdasarkan kaum. kalau kehidupan sosial jugak dipisahkan mengikut persatuan-persatuan kaum, jangan harap akan wujud bangsa malaysia. begitu jugalah dengan sekolah-sekolah yang wujud dari umur 5 tahun di tadika sampailah umur 17 tahun di sekolah menengah yang mengikut kaum dan agama, kenapa semua ini yang terang-terang memisah-misahkan orang malaysia mengikut kaum tak dikritik?

    inilah yang dikatakan gajah depan mata nampak, badak tepi mata tak nampak!

  2. “Bangsa Malaysia” atau “1Malaysia” ni semua hanya angan-angan Mat Jenin.

  3. konsep bangsa bukan soal menunggalkan budaya yang jamak, melainkan mencari satu sifat sepunya yang dikongsi bersama agar perbezaan yang seluas dunia ini dapat diterima, diurus dan dirayakan.

  4. untuk mencari satu sifat sepunya itulah memerlukan bahasa perantaraan, dowh!

    macam mana nak berhubung kalau apa yang ada dalam fikiran tak dapat nak disampaikan dengan sepenuhnya?

    tak ada bahasa perantara=tak ada komunikasi=menambah prasangka tinggi=tak ada trust=tak ada bangsa malaysia!

  5. jadi apakah bahasa kebangsaan yang sesuai klau kat Malaysia nie?

  6. tak ada masalah dengan bahasa perantaraan…konsepsi kepelbagaian tu yang penting…selagi kepelbagaian dirayakan, akan terdapat juga kepelbagaian bahasa perantaraan….

    disitu nilai bersama boleh dicari, bukan sahaja dalam konteks am tetapi dalam bahasa, dan dalam dan antara bahasa-bahasa

  7. bahasa kebangsaan kan dah termaktub dalam perlembagaan iaitu bahasa malaysia. yang ko gi tanya lagi ape hal? ko tak nak bahasa malaysia bahasa kebangsaan ke? kalo ko tak nak, ko nak bahasa apa jadi bahasa kebangsaan? bahasa banjar?

  8. ini bukan permasalahan tentang bahasa. ini permasalahan tentang kewujudan institusi-institusi yang berasaskan kaum. perkara pokok yang dipersoalkan di dalam tulisan ini ialah kenapa kita sering menyalahkan parti politik yang berasaskan kaum semata-mata?

    kenapa kita gagal untuk melihat bahawa institusi-institusi yang berasaskan kaum yang lain yang terdapat di dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan juga merupakan benih-benih awal kepada masalah perkauman yang kita hadapi sekarang? kenapa institusi-institusi sosial, ekonomi dan pendidikan yang berasaskan kaum kita tidak turut sama kritik?

  9. yup….sum people jz wanna see what they wanna see and ignored other obvious factors of racialization in malaysian society. criticizing one and ignoring the others is a hypocritical act!

  10. race based political parties+race based business associations= DISASTER !

  11. sorry nak bertanya dan beri pandangan sikit. saya tengok dalam program SABM ni kat blog dia, tak ada melayu pon yang jadi speaker. yang ada speaker daripada kaum cina, india dan pakistan. speaker melayu mana? audien yang datang pon saya tengok tak cukup malaysia la. yang saya nampak banyak muka cina, india dan mamak. muka melayu tak ramai. saya rasa ada masalah untuk merealisasikan bangsa malaysia ni kalau kaum yang membentuk majoriti kat negara ni iaitu kaum melayu tak ramai yang menyertainya.

    sekadar pandangan. terima kasih.

  12. i would like to add to what previous commentator said:

    race based political parties+race based business associations+race based schools and universities = TRIPLE DISASTER !!!

    thank you.

  13. Saya Anak Bangsa Malaysia Youth Workshop and Forum in Penang on 15 November 2009 (SUNDAY). Come and Join. Its free but you have to bring along your friend from other ethnic. For details, please check out at:

    http://harismibrahim.wordpress.com/2009/10/30/sabm-penang-youth-workshop-forum/

    Jom kita membina masa depan bangsa Malaysia bersama-sama!

  14. mana mungkin parti politik yg beridentitikan kaum di tukar ganti dgn parti2 politk bercirikan bangsa malaysia.sesuatu yg amat susah untuk dilakukan. kita rakyat malaysia masih kuat dgn semangat kaum.melayu masih dgn minda untuk org melayu.mungkun samoai bila2 pun menda nie xkan terjadi.pape hal pun bukukirakira mmg xsetuju.

  15. susah tidak mesti mustahil dilakukan. apartheid di afrika selatan mengambil masa 300 tahun untuk dimansuhkan. begitu juga perhambaan kaum kulit hitam di amerika syarikat memakan masa 500 tahun untuk dihapuskan. contoh dari jiran terdekat indonesia dan filipina juga mengambil masa hampir 300 tahun untuk membebaskan diri mereka dari penjajahan pemerintah kolonial. dan tentunya tanah air kita sendiri mengambil masa dari 1511 hinggalah ke 1957 untuk akhirnya memperoleh kemerdekaan. hampir 500 tahun.

    manakala pembentukan negara-bangsa yang dinamakan malaysia ini terlalu baru sangat. hanya baru 52 tahun untuk semenanjung Malaysia dan baru 46 tahun untuk Malaysia seluruhnya. 46 tahun adalah masa yang terlalu singkat untuk membangunkan sebuah bangsa. eropah mengambil masa ratusan tahun sebelum mereka berjaya membentuk sebuah bangsa. membentuk bangsa adalah suatu proses yang berterusan.

    mengambil pendekatan pesimistik bukanlah jalan yang terbaik untuk mencapai impian. jika datuk maharajalela di perak, dol said di naning, tok janggut di kelantan, abdul rahman limbung di terengganu, tok gajah di pahang, rosli dhobi di sarawak dan pejuang-pejuang kemerdekaan lainnya bersikap pessimistik dan mengambil pendekatan diam dan tidak berbuat apa-apa kemungkinan besar penjajahan ke atas tanah air kita ini akan diperpanjangkan.

    jadi, di sini kalau kita punya impian untuk melahirkan suatu bangsa malaysia atau 1malaysia, maka kita harus berusaha untuk merealisasikannya. bersikap pessimistik bukanlah jalan yang terbaek. jika si pitung tidak membunuh j.w.w birch 200 tahun yang lalu, kita mungkin masih dijajah lagi.

    kalau tidak setuju tidak ada masalah di ruang wacana bebas diskopi ini. buku kira-kira boleh untuk tidak bersetuju tentang apa sahaja atau boleh juga untuk bersetuju tentang apa sahaja. kool. chill.

    kami di diskopi menghargai kepelbagaian pandangan dan aliran pemikiran di dalam masyarakat. tapi yang penting pandangan dan fikiran itu harus kita bentangkan, bincangkan dan kongsikan bersama-sama supaya kita dapat belajar proses untuk menguruskan perbezaan-perbezaan pandangan ini dengan berhemah, rasional dan memberi manafaat kepada semua.

    walau pun buku kira-kira tidak bersetuju tetapi kesanggupan buku kira-kira menyatakan pandangan dan pendirian sangat-sangat kami hargai. syabas kerana berani untuk menyatakan pendirian walau pun ianya berbeza daripada orang lain. inilah semangat yang kita inginkan wujud di dalam jiwa anak-anak muda di tanah air kita ini. syabas buku kira-kira dan terima kasih kerana mengunjungi diskopi.

  16. soalan yang perlu kita tanya ialah sama ada perlu untuk kita konstruk satu “bangsa” malaysia sekarang?

    aku tahu alasan utama yang diberi untuk semua konstruk-konstruk sosial atau politik yang ada sekarang adalah untuk menyatukan sesuatu kelompok masyarakat yang tidak bersekutu.

    contohnya seperti masa UMNO berjaya konstruk “bangsa melayu” acuan nasionalis-kanan pada tahun 1946, atas alasan untuk menyatukan orang-orang dari pelbagai bangsa — bangsa minangkabau, bangsa jawa, bangsa bugis, bangsa mendailing, dan lain-lain lagi yang tidak bersekutu — untuk bersatu menentang Malayan Union.

    juga pada masa yang sama UMNO juga berjaya konstruk satu bangsa politik — bangsa tanah melayu — yang menyatukan orang-orang dari pelbagai bangsa politik — bangsa kedah, bangsa johor, bangsa kelantan, bangsa perak, dan lain-lain lagi yang tidak bersekutu — untuk membentuk Persektuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

    soalannya adakah penyatuan hanya bisa datang melalui kaedah peng-1-an? 1bangsa, 1bahasa, 1budaya, 1sekolah, 1dan-lain-lain-lagi?

    kerana akhirnya kita perlu tanya, siapa yang sebenarnya akan benefit bila yang pelbagai menjadi 1?

  17. ada sedikit persoalan disini. apakah yg ditakrifkan dgn satu “bangsa malaysia” atau “1 malaysia”? adakah dengan semua kaum bersatu dgn kukuh dibwh satu bendera tapi masih mengekalkan identiti kaum masing2? atau semua kaum di malaysia mengamali pencampuran dan penghancuran budaya dan akhirnya lahir satu budaya baru yg melmbangkan ciri2 ” bangsa malaysia” dimana identiti kaum2 asal semunya hilang? atau kaum2 minoriti mengalami asimilasi dimana identiti asal mereka hilang setelah mereka diasimilasikan menjadi seperti kaum majoriti bg mewujudkan satu “bangsa malaysia” seperti yg telah berlaku di indonesia ? buku kira kira ada sedikit kurang pasti dari penafsiran definasi “bangsa Malaysia”.

  18. pertamanya konsep bangsa Melayu yg kita faham bukan bermula dari UMNO tapi dari zaman British lagi, British mmg pukul rata semua Melayu sebab nak senang banci.

    keduanya, takrif Melayu kat Malaysia ni mmg kalut. penyatuan Melayu itu berbentuk asimilasi. menunggalkan identiti.. tambah kalut dgn identiti Islam/Arabnya.

    secara peribadi, asam keping rasa..bangsa Malaysia tidak harus menjadi bangsa yang baru melalui projek nasional yang singkat.
    pmbentukan bangsa adalah projek suatu bangsa. jadi harus dibuat secara berperingkat dan berterusan. bangsa Malaysia bukan utk mnjadikan seluruh manusia Malaysia ini satu watak cuma mereka berkongsi beberapa pengenalan identiti dan sejarah sosial yg sama. mengapa ini penting? jwpn mudahnya sbb kita tinggal serumah! takkan tinggal serumah tak bertegur sapa..taknk kenal mngenal..dan lbih buruk lg, bila tak kenal mngenal mulalah curiga dgn org lain.
    tmbah parah bila ada yg nak amik kesmpatan, mudah r kita ni bergaduh..yg untung mereka yg di atas, mntertawakan kita!

  19. cukup chantek soalan dari buku kira-kira. suatu soalan yang memang perlu dibuka dan dibincangkan bersama-sama secara berhemah dan rasional. sejujurnya aku tiada jawapan untuk soalan-soalan itu. kalau aku ada jawapan, selesai segala masalah. memandangkan aku yang bagi jawapan, korang boleh lantik aku sebagai PM malaysia! dan malaysia akan aman damai selama-lamanya! hahaha

    untuk aku perjalanan hidup manusia adalah suatu proses pencarian yang tidak berkesudahan. aku menolak pandangan seorang lagi mamat diskopi yang menulis tentang falsafah schopenhauer yang mengatakan bahawa perjalanan hidup manusia adalah penderitaan yang berterusan. untuk aku perjalanan hidup manusia adalah pencarian yang berterusan. tiada titik noktah di dalam pencarian. jawapan hanya akan membantutkan kreativiti diri dan menumpulkan pemikiran.

    jadi, yang penting buat aku konsepsualisasi “bangsa malaysia” atau “1malaysia” itu perlu datang daripada masyarakat di akar-umbi itu sendiri. aku menolak sebarang pendefinisian tentang “bangsa malaysia” atau “1malaysia” yang hanya disogokkan oleh mereka dari atas. nah! bagaimana untuk melakukannya? untuk aku tidak ada jalan lain kecuali dibuka ruang yang lebih demokratik khususnya di ruang awam melalui terbitan, penulisan, media,akhbar, forum, diskusi, perbincangan dan wacana yang melibatkan masyarakat di tingkat akar-umbi untuk sama-sama mencari jawapan kepada persoalan-persoalan penting yang dikemukakan oleh buku kira-kira.

    untuk aku pada peringkat ini, yang terpenting adalah ruang awam yang demokratik sebagai wadah untuk proses perbincangan yang berhemah dan rasional perlu dibiasakan, ditanam dan diterapkan kepada masyarakat khususnya kepada generasi muda agar kita dapat sama-sama belajar menangani dan menguruskan perbezaan-perbezaan di dalam mengkonsepsualisasikan “bangsa malaysia” atau “1malaysia” ini secara rasional.

    dengan cara itu jawapan-jawapan yang mungkin kita temui akan lebih bersifat inklusif. kalau jawapan tidak ditemui pun, sekurang-kurangnya kita sudah melalui proses perbincangan dan pencarian bersama-sama. Proses membuat bersama-sama itulah buat aku yang lebih penting untuk kita usahakan agar terbina memori kolektif antara kita semua. pembinaan memori kolektif secara bersama-sama dan bukan secara terpisah-pisah adalah langkah awal yang sangat penting ke arah pembentukan “bangsa malaysia”.

    peace!

  20. mana boleh jadi satu. itu dah melawan hakikat keberagaman manusia. tapi dalam keberagaman tu ada beberapa perkara yang kita boleh kongsi bersama supaya konflik dapat kita minimakan. dan perkongsian itu akan lebih mudah kalo ada common language yang inklusif yang semua orang boleh faham.

    penyatuan tu menjadi penting bila kita nak melawan musuh yang kuat dan punya jentera-jentera dan alat-alat negara yang tersusun.

    kalo kita berpecah-pecah, terpisah-pisah senang ar untuk kita dilaga-lagakan dan diadu-dombakan. kalo tidak tak adalah usaha yang bersungguh-sungguh dari pimpinan pas, pkr dan dap untuk menyatukan diri mereka dalam satu pakatan. sebab mereka pun tahu kalo mereka berpecah mereka lemah dan bila mereka lemah musuh senang nak mengalahkan mereka.

    jadi, menyatu tu menjadi sangat penting sbb kesatuan memberi kita kekuatan. terpisah-pisah melemahkan kita. kita tu rakyat la. kalo kita rakyat terpisah-pisah macam mana kita nak lawan pemerintah yang punya segala macam kekuatan, aparatus dan alat negara?

    kalo kita terpisah-pisah yang untung pemerintah (BN la tu). tapi kalo kita menyatu yang untung adalah rakyat sebab BN tak boleh la lagi nak melaga-laga dan mengadu-dombakan kita macam btn, umno, tv3, rtm, utusan malaysia hari-hari buat sekarang ni.

  21. bangsa malaysia adalah ideal tapi jalan untuk menuju ke situ adalah berliku-liku dan penuh dgn ranjau sebab masyarakat msia ni terlalu banyak pemisahan-pemisahannya. dari etnik, agama, bahasa, sekolah, universiti, tempat tinggal, tempat makan, lagu yang dengar, filem yang tengok, media yang dibaca – semua terpisah-pisah mengikut etnik, agama dan bahasa.

    tak mustahil tapi terlalu sukar. semoga berjaya!

  22. pada aku aku melihat “bangsa malaysia” dari satu sudut dimana semua kaum bersatu dibwh satu bendera dan dikenali sebagai “bangsa malaysia”. tiada penyatuan budaya, melayu masih dengan bangsa melayu, cina dengan cina, india dengan india dan kaum2 lain juga begitu. urusan kaum usah dicampuri dan kesemua kaum ini perlu diletakan dibwh satu etika atau kod atau undang2 dimana semuanya perlu hidup ats pegangan etika,kod atau undang2 tersebut. tetapi “bangsa Malaysia” perlu ada satu atau bnyk ciri2 yg melmbang seseorg itu adalah “bangsa malaysia”. ciri2 tersebutlah perlu dicari dan difahami oleh semua rakyat. salah satu contoh..bahasa. aku menyokong bahasa melayu depergunakan secara menyeloroh. cukup sampai disitu aku xmau kata lebih.tggu pendapat dari yg lain.

  23. kalo serius nak lahirkan bangsa malaysia, setiap kaum perlu give and take. perlu bertolak ansur. kalo aku dah lepaskan kepentingan kaum aku, kau pun kena sanggup lepaskan kepentingan kaum kau.

    tak boleh lah semua dia nak. itu dah nama tamak haloba, pentingkan diri sendiri dan bongkak. semuanya dia nak bolot. kalau ada yang perangai macam ni, sampai dunia kiamat pon bangsa malaysia ni tak akan wujud.

    contohnya: kalau kaum bumiputera sanggup untuk melepaskan hak istimewa bumiputera, kaum cina dengan india sanggup tak untuk melepaskan sekolah vernakular?

    kalau kaum cina dan india sanggup untuk lepaskan sekolah vernakular, kaum bumiputera, melayu khususnya sanggup tak melepaskan mrsm, uitm, sekolah agama, sekolah asrama penuh?

    jadi, perlu ada give and take, tolak-ansur. kau mintak bumiputera lepaskan hak istimewa mereka tapi pada masa yang sama kau tak nak lepaskan hak istimewa kau sendiri.

    so, perlu ada give and take, tolak ansur. tak boleh la semua kau nak sapu, semua kau nak ambil tapi sikit pun kau tak nak bagi. itu dah tak adil.

  24. ya bangsa Malaysia?..

    lalu apakah proses untuk kita dapat kesefahaman itu? inilah dia prosesnya..kita bincang cara aman..libatkan semua rakyat klw boleh..jgn biarkan para elit politik yg tentukan bangaimana harus kita hidup!!

  25. saya ingin bertanya pada kawan-kawan yang bukan melayu, khususnya yang dari kaum Cina dan India.

    jika saya setuju supaya perkara 153 yang berhubung dengan hak keistimewaan melayu itu dihapuskan, adakah kawan-kawan dari etnik Cina dan India bersetuju untuk sekolah vernakular ditutup?

  26. saya nak tanya satu soalan. kalau ada orang luar negara bertanya kepada kamu soalan ini “What is your race/ethnic?”, macam mana kamu nak jawab?

    a) I am a Chinese.
    b) I am a Malaysian Chinese.
    c) I am a Chinese Malaysian.
    d) I am a Malaysian.

    semestinya, i berharap pembaca akan menjawab (d)

  27. masalah dengan dasar ‘affirmative’ yang berpaksikan kaum boleh saya simpulkan dengan begini:

    1. apa-apa dasar kerajaan memerlukan kewangan (wang)

    2. sumber kewangan adalah amat terhad

    3. jika terhad, maka terdapat ‘kos melepas’. apa itu? contoh senang, andaikan anda ada rm 5 dan nak makan tengah hari. ada banyak pilihan restoran dan makanan. so, nak makan di mana? anda akan pilih tempat dan makanan yang anda paling suka. lepas kecilkan skop pilihan, anda ada 2 pilihan, nak makan nasi lemak atau nasi ayam. oleh kerana wang terhad, anda tak mungkin makan kedua-duanya. kena pilih yang paling anda suka dan puas. anda pilih nasi lemak. nasi ayam adalah ‘kos melepas’ anda

    4. apa kaitan antara kos melepas dengan dasar ‘affirmative’ kaum seperti dasar ekonomi baru? deb sudah berakhir di tahun 1990 tetapi ‘semangatnya’ masih tertanam dalam banyak dasar kerajaan

    5. ambil contoh kemasukan ke universiti awam. ada banyak tiket masuk seperti matrikulasi, stpm, stam dan diploma

    6. kita kecilkan skop. banding matrikulasi dengan stpm. semua sedia maklum hampir 90% pelajar matrikulasi adalah bumiputera sebaliknya berlaku di stpm di mana 80% adalah bukan bumiputera

    7. mungkin ada yang kata stpm dan matrikulasi dua-dua pun setaraf kerana dua-dua boleh masuk universiti awam. betul ke?

    8. matrikulasi 1 tahun sahaja manakala stpm 1 tahun setengah. matrikulasi peperiksaan dalaman tetapi stpm adalah peperiksaan awam macam spm. kelulusan matrikulasi tidak diterima di universiti luar negara tetapi stpm boleh guna untuk masuk nus, lse, cambridge, tokyo uni dll universiti terkemuka luar negara. syllabus matrikulasi adalah kurang daripada stpm kerana perbezaan tempoh seperti dinyatakan di atas

    9. setelah tamat matrikulasi, hampir 70% pelajar matriks akan mendapat tempat dalam universiti awam berbanding dengan 30% lepasan stpm

    10. kalau ikutkan ‘meritocracy’ yang sebenar, kena ada 2 sistem kelayakan untuk kemasukan ke universiti? satu dah cukup. sama ada stpm ataupun matrikulasi

    11. adakah 4.00 pointer stpm itu setaraf dengan 4.00 matrikulasi?

    12. budget kementerian pengajian tinggi untuk memberi subsidi yuran pengajian adalah terhad. oleh itu, kenalah diberikan kepada pelajar yang betul-betul layak menerimanya dan bukannya mengikut kaum

    13. saya tidak mengatakan semua pelajar matriks itu tiada standard dan tidak juga bermaksud semua pelajar stpm itu ada standard yang mencukupi. tetapi oleh kerana terdapat dua sistem, maka persepsi sedemikian wujud

    14. mengapa tidak boleh diadakan satu sistem sahaja? biarkan semua pelajar dari semua kaum bersaing atas landasan yang sama rata dan adil. biar semua ambil stpm sahaja. biar semua belajar syllabus yang sama dan ambil peperiksaan yang sama

    15. dengan itu, kerajaan boleh jimat banyak duit kerana hanya mengekalkan satu sistem. nak kawal dan tambahbaik pun senang. kemudian, hanya yang terbaik sahaja boleh masuk universiti awam. biar subsidi pendidikan itu diterima oleh pelajar yang betul-betul ‘the best’. buat macam ‘survival of the fittest’. tak perlu ada jalan pintas. dengan cara ini, ranking universiti malaysia boleh dipertingkatkan

    16. saya sertakan maklumat ini untuk penilaian. graduan yang mengganggur atau tidak dapat mencari kerja adalah pembaziran. kerajaan telah memberikan subsidi pendidikan kepada graduan tetapi tanpa perkerjaan, kerajaan tidak dapat mengutip cukai pendapatan, terpaksa menambahkan peluang pekerjaan di sektor awam yang telah pun terlebih kakitangan, terpaksa melatih semula graduan ini dengan kemahiran tambahan dan tidak menyumbang kepada jumlah pendapatan tahunan negara.

    17. adakah kebanyakan graduan menggangur ini memiliki kelulusan stpm ataupun matrikulasi? yang pasti, tak kira melayu, cina ataupun india semua telah menikmati subsidi pendidikan kerajaan tetapi bukan semua yang menyumbang balik kepada negara. fikir-fikirkan……

    Ethnic breakdown of unemployed graduates in Malaysia
    Year Total Chinese Indian Malay
    2004 4,594 163 207 4,060
    2005 2,413 31 70 2,186
    2006 56,750 1,110 1,346 50,594
    2007 56,322 1,348 1,401 49,075
    2008 (until June)
    47,910 1,403 4,694 41,813
    Source: Ministry of Human Resources

    [Editor’s note: The figures above refer to graduates who registered with the Human Resources Ministry to find jobs.

    http://english.cpiasia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1749:malaysia-catches-the-dutch-disease&catid=219:contributors&Itemid=171

  28. satu lagi analisis berkaitan dasar ‘affirmative’ berlandaskan kaum:

    1. konsep ali baba dalam pemberian kontrak

    2. apa itu? maksudnya, kontraktor bumi yang diberikan kontrak oleh kerajaan memberikannya kepada sub-kontraktor bukan bumi

    3. ambil contoh ini. kerajaan keluar tender untuk baiki longkang. projek pembinaan kecil-kecilan untuk kontraktor kelas f. tender diberi kepada kontraktor bumi pada harga rm100,000. kontraktor bumi ni sekadar ada lesen kelas f tetapi langsung tidak memiliki kelayakan, kemudahan dan pekerja pembinaan. hanya jadi orang tengah ataupun broker.

    4. kontraktor bumi ni subkan kontrak tu kepada satu kontraktor cina dan baiki longkang tu pada harga rm80,000 sahaja. itupun kontraktor cina boleh untung rm10,000 kerana kos baiki longkang hanyalah rm70,000. kontraktor bumi tu boleh untung rm20,000 tanpa perlu buat apa-apa pun.

    5. apa akibatnya? kerajaan akan rugi. rakyat akan rugi kerana duit cukai dibazirkan. longkang tu sebenarnya boleh dibaiki dengan harga rm80,000 termasuk keuntungan rm10,000 kepada kontraktor dan bukannya rm100,000 (termasuk rm30,000 keuntungan).

    6. mengapa tender longkang ni hanya boleh dimohon oleh kontraktor kelas f bumiputera sahaja? akhirnya semua pemohon tender letak harga tinggi. kebanyakan pemohon sebenarnya bukan kontraktor dalam erti kata sebenar tetapi merupakan broker ataupun orang tengah kepada kontraktor cina.

    7. sekali lagi kita boleh rujuk kepada konsep kos melepas yang saya bawakan dalam komen terdahulu. pertamanya duit kerajaan yang didapati daripada cukai adalah terhad. oleh itu, kenalah digunakan dengan sejimat mungkin tanpa pembaziran.

    8. kalau ikut cara kerajaan sekarang ini mengagihkan kontrak kelas f, memang terdapat penyelewengan dan pembaziran. longkang yang sebenarnya rm80,000 boleh dibaiki jika diberikan kepada kontraktor cina telah melambung kerana diberikan kepada kontraktor bumi.

    9. mengapa tak buka sahaja permohonan tender kepada semua kaum termasuk kontraktor luar negara. silap-silap rm60,000 dah boleh baiki longkang. kerajaan dan cukai rakyat juga yang akan dijimatkan.

    10. statistik menyatakan bahawa hampir 86% kontrak kerajaan yang diberikan kepada kontraktor bumiputera jatuh ke tangan kontraktor bukan bumiputera. rujuk http://web6.bernama.com/client/mecd/newsbm.php?id=247093

    11. dan saya percaya kesemua kontrak ini telah diberikan dengan terlebih harga kerana kedua-dua kontraktor bumi dan cina pun akan mengambil keuntungan. kontraktor bumi ambil untung komisen sebagai broker dan kontraktor cina ambil untung perniagaan.

  29. “malaysian” tu bukan ras atau etnik la. mana ada ras atau etnik yang dinamakan “malaysian”. tapi kalau “malaysian” tu sebagai sebuah nasion itu ada la. “malaysian” ni hanya satu konsep yg sedang diusahakan. belum jadi lagi. sebab tak jadi-jadi lagi ialah kerana ras/etnik yang ada kat malaysia ni terpisah-pisah dan masing-masing tak nak betolak-ansur.

    kalau orang tanya aku ras atau etnik aku, aku akan cakap yang aku melayu tapi kalau dia tanya nasionaliti aku, aku akan cakap malaysia la.

  30. saya juga tidak bersetuju dengan cara kemasukan ke universiti yang dibuat berdasarkan kaum dan juga dengan menilai dua sistem peperiksaan yang berbeza. begitu juga dengan tender projek berdasarkan kaum, saya turut tidak bersetuju.

    untuk saya tender projek harus melalui merit dan dibuat secara tender terbuka. begitu juga dengan sistem peperiksaan perlu disatukan dan tidak ada pemisahan antara tingkatan 6 dan matrikulasi. dan pemilihan untuk ke universiti pula haruslah berdasarkan merit dan kedudukan sosio-ekonomi calon.

    kalau saya sebagai seorang melayu menolak tindakan afirmatif berdasarkan kaum di dalam pemberian tender dan kemasukan universiti ini, adakah kaum bukan bumiputera dari etnik Cina dan India bersedia bertolak ansur untuk menutup sekolah vernakular mandarin dan tamil ?

  31. masalah di malaysia adalah kerana polisi atau tindakan ‘affirmative’ yang berdasarkan kaum dan bukannya berdasarkan merit. di pihak kaum melayu, dasar ini telah diterapkan secara formal dalam polisi kerajaan seperti dasar ekonomi baru, mara, uitm, felda dan lain-lain. dasar ini disokong dengan kekuatan kewangan kerajaan. atas manifestasi ‘formalisation’ dasar perkauman dalam pentadbiran kerajaan yang berbentuk fizikal, ia secara langsung telah diterapkan secara ‘psychological’ ke dalam minda dan pemikiran masyarakat kaum melayu. terutamanya penyokong barisan nasional-umno yang mempertahankan dasar ‘ketuanan melayu’.

    fenomena ini juga berlaku di kalangan masyarakat bukan melayu. contohnya orang cina mempunyai pelbagai institusi kecinaan seperti sekolah cina, universiti utar, dewan perniagaan cina dan parti politik cina. sama juga dengan orang india yang mempunyai sekolah india, aimst universiti, tafe kolej, persatuan perniagaan india dan parti politik perkauman india. walaupun dasar perkauman cina dan india tidak diformalisasikan ke dalam dasar kerajaan, ia diusahakan dengan sumber tenaga dan kewangan masyarakat masing-masing. ini kerana dasar perkauman juga telah terterap ke dalam minda dan semangat masyarakat cina dan india.

    kesimpulannya, tak kira kaum melayu ke, cina ke, india ke ataupun masyarakat pribumi sabah sarawak, semua adalah sama iaitu mengamalkan semangat perkauman dalam hampir kesemua aspek kehidupan sama ada politik, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

  32. Informasi yang sangat menarik dan bergna untuk dipahami. Dalam keadaan bagaimanapun kita memang harus selalu sensitif dengan perkembangan yang terjadi, dan melakukan aksi dengan dasar berita yang dapat dipertanggungjawabkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 56 other followers

%d bloggers like this: