Apa Itu Pasaran Bebas?

Pasaran Bebas adalah ekonomi pasaran yan berasakan permintaan dan penawaran dengan sedikit atau tiada kawalan kerajaan. Pasaran bebas sepenuhnya adalah bentuk pasaran yang sempurna dimana pembeli dan penjual berinteraksi secara bebas ( jual, beli, berdagang) berdasarkan perjanjian diantara satu sama lain tanpa campurtangan kerajaan dalam bentuk percukaian, subsidi atau sebarang peraturan.

Dalam pasaran kewangan pula, stok pasaran bebas adalah sekuriti yang didagangkan secara luas dan harganya tidak dpengaruhi oleh penawaran. Dalam pasaran pertukaran asing pula, kadar tukaran tidak ditambat oleh kerajaan dan dengan itu perubahan harga adalah berdasarkan penawaran dan permintaan untuk sesuatu matawang.

Dalam lain perkataan, pasaran bebas adalah terma yang merumuskan pelbagai pertukaran yang mengambiltempat dalam masyarakat. Setiap pertukaran adalah perjanjian diantara dua atau lebih pihak secara sukarela yang berdagang dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. Dalam realiti, ini adalah sejauhmana pasaran bebas boleh wujud kerana akan sentiasa ada campurtangan oleh kerajaan dalam bentuk percukaian, kawalan harga, dan larangan yang menghindari pesaing baru daripada memasuki pasaran. Seperti juga ekonomi belah pemborong, pasaran bebas adalah terma yang digunakan untuk mengambarkan politik atau ideologi pandangan terhadap polisi dan bukanlah suatu bidang didalam ekonomi.

Dalam teori Marxis, idea pasaran bebas adalah hasil transisi feudalisme kepada kapitalisme. Walaubagaimana pun pandangan terhadap kewujudannya samada melalui implementasi (kerajaan) atau semulajadi tidak semestinya berkait dengan pendirian pro-pasaran mahupun anti-pasaran. Libertarian cenderung untuk mempertikaikan bahawa pasaran bebas terhasil implikasi daripada campurtangan polisi kerajaan, memandangkan mereka percaya bahawa ia adalah aturan spontan dan Marxis pula bersetuju dengan mereka kerana mereka juga percaya bahawa ia adalah hasil daripada evolusi (walaupun dengan matlamat berbeza).

Sokongan supaya pasaran bebas dijadikan penentu asas masyarakat merupakan fahaman asas liberalisme, khususnya pada abad ke-19. Di Eropah terma liberalisme masih membawa konotasi idelogi pasaran bebas, namun di Amerika dan Kanada konotasinya adalah dikaitkan dengan campurtangan kerajaan dan pengunaannya adalah disamaertikan dengan Kapitalisme.  Di Eropah terma pasaran bebas masih difahami sebagai terma yang neuteral. Liberalisme moden (pemakaian Amerika dan Kanada), dan demokrasi sosial Eropah, hanya berusaha untuk mengurangkan apa yang dilihat sebagai permasalahan yang diwujudkan oleh pasaran bebas yang tidak terkawal.

Bagi kebanyakan libertarian, masih belum ada lagi pasaran bebas yang sempurna, memandangkan campur tangan masih wujud dalam negara-negara yang paling kapitalis sekalipun. Pada pandangan mereka, pihak-pihak yang mengaku mengamalkan paaran bebas sebenarnya mendakwa secara reltif dan bukanya secara mutlak. Ini bererti mereka mahukan ¨paksaan¨ (definisi libertarian) dihadkan seminima mungkin untuk memaksimumkan kebebasan ekonomi dan keberkesanan pasaran dengan mengurangkan halangan perdagangan.

About these ads

22 Responses

  1. Jadi, perbezaan di antara pasaran bebas dan kapitalisme adalah pasaran bebas itu merupakan satu ideologi atau polisi sementara kapitalisme adalah satu sistem/metod ekonomi yang diutilisikan di dalam keberadaan ideologi pasaran bebas di dalam satu-satu sistem politik?

    Bukan begitu?

  2. Ya betul-betul.

  3. rasanya tak kot. pasaran bebas bagi saya adalah natural reaction dalah suatu komuniti. Bak kata pepatah melayu, “no man is an island” semua orang bergantung dengan orang lain, takda sesiapa pun yg boleh menghasilkan semua keperluan hidupnya. perdagangan antara individu2 terhasil dari specialization. Adalah lebih efisyen bagi seorang petani bertani dan menggunakan hasil tanian untuk dapatkan barangan keperluan lain.

    kapitalisme pulak adalah a natural extension of pasaran bebas. sesungguhnya petani tersebut tentu ada menyimpan surplus value dari hasil dagangannya, takkan nak belanja semuanya kot? Semua orang menghasilkan surplus value ini dari kumpulan proletariat hingga ke bourgeois. And since Marx kata pembuatan dan pengumpulan surplus value ini adalah characteristic seseorang kapitalis, bukan ke kita semua ni kapitalis by varying degrees?

  4. Hello everyone,

    Aku tahu ini bukan diskusi yang sesuai, tapi waktu jenguk2 Scribd terjumpa satu presentation yang ada menggariskan tentang bagaimana Muhammad SAW/Islam adalah yang terawal mempraktikkan konsep ‘free market’ di dalam sistem ekonominya.Ini linknya:

    http://www.scribd.com/doc/7936806/Prophet-Muhammad-s-on-Economic-Justice

    Harap, somebody boleh discuss or bring th subject forward into a separate discussion perhaps..

  5. Betul tu, kita kena ingat Nabi sendiri pun seorang businessman, bukan calang2 punya businessman. Abu Bakar As-Siddiq dan Uthman Bin Affan pun sama gak. Adakah mereka ni dikategorikan sebagai “kapitalis” sebagaimana yg didefinisikan Marx?

    Rasa saya kekayaan tu bukan apa yg patut disoalkan, tetapi apa dalam hati. Kalau busuk hati tu, busuklah seluruh badannya.

    Masa zaman Khulafah Ar-Rashidun contohnya, perniagaan digalakkan, perdagangan antara Madinah dan dunia luar tak dibatasi kerajaan, siapa2 pun boleh turun, bukak business dan keluar kalau nak. Cukai yg ada setakat zakat (2.5% je), takda tariff, regulasisasi atau licensing.

    Dan apa hasil sistem “kapitalis” islamik ini? Era kegemilangan, a golden age sampai takda sesiapa yg layak terima zakat (zaman Khalifah Uthman Bin Affan tak salah aku).

  6. ini satu lagi dakyah puak libertarian. nabi muhammad pon nak dipergunakan untuk menghalalkan ideologi libertarian. nabi muhammad businessman?

    nabi muhammad berniaga atas modal yang dikeluarkan oleh khadijah. nabi muhammad adalah pekerja bukan businessman. dan dia bekerja untuk khadijah yang mengeluarkan modal.

    itu pon selepas dia bekerja dengan khadijah, dia kahwin dengan khadijah.

    apa makna perkahwinan antara pekerja (nabi muhammad) dengan khadijah (pemodal) ?

    maknanya di dalam perniagaan kita tak boleh nak buat untung sorang-sorang. perniagaan tak boleh nak dimilikperibadikan oleh pemodal. perniagaan atau perdagangan harus dikongsi bersama-sama dengan pekerja.

    kalau perdagangan dimilikperibadikan, kenapa pulak khadijah sebagai pemodal akhirnya berkahwin dengan muhammad seorang pekerja? ini nabi nak tunjukkan pada kita dalam perniagaan dan perdagangan wajib ada perkongsian secara adil.

    kepemilikan peribadi dimana pemodal membolot semua keuntungan tanpa berkongsi secara adil dengan pekerja adalah sesuatu yang nabi muhammad tidak pernah anjurkan.

    perkahwinan antara khadijah (pemodal) dan nabi muhammad (pekerja) adalah contoh jelas dari junjungan nabi muhammad kita sendiri bahawa perniagaan dan perdagangan perlulah disosialisasikan kepada pekerja bukan dimilikperibadikan oleh pemodal semata-mata sepertimana yang dianjurkan oleh puak-puak libertarian ni.

    kalau betullah nabi muhammad ni pendokong sistem kapitalis yang berpaksikan kepada kepemilikan peribadi dan keuntungan maksima sepertimana yang dipropagandakan oleh puak libertarian ni, apasal bila nabi muhammad wafat dia tidak meninggalkan sebarang wang ringgit dan harta benda pon kepada isteri, anak dan keluarganya kecuali 6 dinar sahaja?

    nabi muhammad meninggalkan 6 dinar sahaja selepas dia wafat. businessman aper kalau meninggalkan 6 dinar sahaja selepas dia wafat? ini bermakna nabi muhammad adalah businesman yang gagal! sebab itu hujah bahawa nabi muhammad ni businessman adalah hujah puak libertarian nak menghalalkan ideologi kapitalis mereka.

    kenapa nabi muhammad sebagai seorang businessman sepertimana yang dipropagandakan oleh puak-puak libertarian ni, hanya meninggalkan 6 dinar sahaja selepas dia wafat?

    ini bermakna membuat untung maksima, menumpuk-numpuk harta, memilikperibadikan harta sebanyak mungkin sepertimana yang wujud di dalam sistem kapitalis yang dianjurkan oleh puak-puak libertarian ini bukanlah cara hidup nabi muhammad.

    kalau tidak takkan lah nabi muhammad meninggalkan 6 dinar sahaja selepas dia wafat.

  7. Bila masa pulak aku cakap kalau jadik businessman kena jadik tamak? Sistem kapitalism cuma membelakangkan free markets dan free enterprise (kebebasan berniaga), apa yg ko nak buat denagan duit untung tu lantak ko la, bukan sapa2 pun, duit ko. Kalau kau nak wakafkan semuanya, tahniah, aku sokong. Kalau ko nak bagi anak2 ko, aku rasa aku takde hak nak menyoal, bukan duit aku. Tapi kalau ko berjoli ngan duit tu, pandai2 jawab la akhirat nanti.

    Aku pun sokong gaya nabi manage duit. Bukan bole bawak untung masuk akhirat pun. Kecuali untung pahala…kekeke.

    Ko tak pulak nak quote pasal Abu Bakar ngan Uthman, yg memang jadi the owners of the means of production. Business kain Abu Bakar sampai boleh finance tentera utk mempertahankan Madinah, tak ke banyak tu? Kalau ko nak mengharamkan kekayaan atas Marxism tak bertuhan ko tu, aku rasa baik ko mengucap balik.

  8. ikut sunnah ni dah merepek dan berbohong dengan menggunakan nama nabi s.a.w..

    entah dia faham ke tidak hak pemilikan harta dan anjuran supaya peniaga mengambil alih sebahagian tugas kebajikan kerajaan?

    contoh sahabat peniaga berjaya ialah abdul rahman bin ‘auf dan kita menganjurkan sedekah dan derma – bukan pulas duit kerajaan yg dikerah dari cukai!

  9. A’skum,

    Saudara Ikut Sunnah,

    Sebelum kamu berhujah di atas nama Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, sila buat kajian yang komprehensif dan adil tentang kaitannya dengan konteks perbincangan di sini.Aku tak tahu dan keliru di mana kamu dapat idea tentang Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Siti Khadijah kerana nak tunjuk kapada kita yang kita harus berkongsi hak pemilikan daripada aktiviti ekonomi manusia.Takrif kamu berkenaan sistem ekonomi Islam berpandukan takrif Marx (sosialis) adalah sesuatu yang kurang tepat.Sila rujuk pada sejarah Baginda SAW dengan teliti sebelum membuat sebarang andaian yang memberi gambaran yang tidak adil pada kebenaran Islam.

    Islam tidak pernah menghalang umatnya dari mencari kekayaan bahkan menggalakkan mereka untuk berniaga dan memiliki hasil keuntungan dari perniagaan mereka.Ini bermaksud di dalam sistem ekonomi Islam, pemilikan dan pengumpulan harta oleh satu-satu individu adalah sesuatu yang dibenarkan (halal).Peniaga atau pemodal atau sekumpulan individu di mana di dalam terma modennya para ‘kapitalis’ (jangan prejudis dengan perkataan ini!!), di beri kebebasan untuk melakukan aktiviti ekonomi mereka tanpa campur tangan yang terus-menerus (terhad atau tiada) daripada pihak pemerintah.Bahkan ada undang-undang yang memberi perlindungan kepada harta benda/hak milik/kekayaan yang dimiliki oleh satu-satu individu telah digariskan oleh Islam sewaktu pemerintahan Rasulullah SAW di Madinah.

    Walaubagaimanapun, kebebasan di dalam aktiviti ekonomi ini harus diimbangi dengan tanggungjawab satu-satu individu di dalam menguruskan ‘amanah’ yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya.Contohnya tanggungjawab kepada masyarakat dengan mengagihkan lebihan daripada kekayaan mereka atau pemilikan peribadi mereka kepada fakir miskin atau kepada golongan yang memerlukan melalui sistem zakat atau berlaku adil di dalam aktiviti ekonomi mereka berpandukan sistem yang dianjurkan oleh Islam seperti menjahui Riba’ dan menipu di dalam urusan jualbeli.Serta Nabi Muhammad SAW ketika memperkenalkan sistem ekonomi Islam ini juga telah memperkenalkan hak-hak pekerja di mana di dalam satu hadis beliau Baginda di petik sebagai berkata lebih kurang bunyinya begini “Bayaran (upah kerja) sebelum peluh mereka (pekerja) kering”

    Jika kamu kaji hadis-hadis yang berkenaan dengan hal-hal aktiviti ekonomi Islam ini (sila rujuk Sahih Bukhari), kamu akan faham apa itu takrif ‘free market’ di dalam sistem ekonomi yang berpandukan sunnah Rasulullah SAW.Otherwise, nickname kamu ‘ikut sunnah’ dengan sendirinya telah dijustifikasi akan ketakberadaannya.

    Wallahualam.

  10. And please refer to a right sources before you make any allegation using the name of Islam.There are many scholar of Islam (who’s specialized in this matter) whom we can refer too.Don’t make your own wild assumption just because you hate the word ‘capitalist’ or ‘libertarian’ so much.

  11. To a people who behave/react like Mr. ‘ikut sunnah’,

    I will not tolerate with such a person who dare to use my Holy Prophet (PBUH) name for the sake of their ideology.I warn all readers/authors muslim or non-muslim, if such things happen I will (with the power of Allah Almighty) ‘chop, chop, chop’ (as Sheikh Ahmad Deedat would say (May Allah bless his soul) ) his head (not your physically head-lah) off.

    But I believe in free speech, or otherwise I won’t be here.But please, speak as a wise and knowledgeable man.If not sure, don’t speak, read and listen or learn until you gain your knowledge.Do you understand that, Mr. ‘ikut sunnah’?

    So, let me gain my knowledge in peace. :)

  12. Salam to all my brother,

    In Islam economics system there’s no such a view or part of the system that you can easily stated that ‘it’s socialistic’ or ‘it’s capitalistic’.Islam taking care such both idea and problem that arise within those.While Islam allowing people to gain wealth out of his economy activity with such a freedom, but in the same time forbidden them from such a cheating or doing riba’ or manipulating the market for their own greed sake.In the time of Prophet Muhammad (PBUH), there’s a law that prevent the people in the market to gain profit unjusticely, that’s mean a certain law (syari’ah) has been implies to control the market price from being manipulating by those greed ‘capitalist’.

    Keep it in mind that a ‘free market’ system according to syari’ah is not the same in what most of the people or libertarians have in mind.The freedom in Islamic economics come with a great responsibility or ‘amanah’, whether it’s a responsibility toward Allah’s ‘amanah’ or a responsibility towards human kind.It is true that in the time of Prophet Muhammad (PBUH) people in the market are allowed to set a price according to their supply and demand.But within a ‘supply and demand’ itself there’s a law (syari’ah) that forbidden them from cheating and manipulating the deal between a dealers,traders and buyers.

    Caliph Umar Ibn Khattab (r.a) implied a ‘fixed price’ law at his ruling term because at his time he’s dealing with a wider scope of economy activity as more and more traders and dealers came and involved in economy activity in Madinah as a result of the growth of Islam’s reign.

    I might be wrong upon stating in this matter and perhaps if there’s one, please correct me.

    W’salam

  13. pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga diskopi kerana menyediakan ruang untuk golongan muda berdebat tentang idea khususnya idea-idea ekonomi yang jarang-jarang sekali dibahaskan khususnya di dalam medium bahasa malaysia.

    saya sangat tertarik dengan idea-idea ekonomi islam. tetapi saya masih tidak nampak dengan jelas apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi islam itu. dan apakah perbezaan antara ekonomi islam dan sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosialis.

    di sini saya ingin bertanya beberapa soalan:

    1. kenapa nabi muhammad hanya meninggalkan 6 dinar sahaja selepas beliau wafat?

    2. peninggalan harta hanya 6 dinar itu, bukankah tandanya bahawa nabi muhammad bukanlah seorang businessman sepertimana yang sering dipropagandakan?

    3. adakah nabi muhammad adalah seorang businessman atau nabi muhammad hanya bekerja menjalankan perniagaan khadijah?

    4. kenapa akhirnya khadijah berkongsi perniagaannya dengan nabi muhammad yang pada mulanya hanya seorang pekerja?

    5. antara nabi muhammad dan sahabat seperti yang diambil contoh (abu bakar dan uthman), yang manakah yang wajar kita ikuti cara hidupnya, nabi muhammad atau abu bakar/uthman ?

    6. sistem ekonomi islam yang diterangkan oleh penulis yang bernama hadi itu adakah bersandarkan “free market” iaitu membiarkan pasaran regulate sendiri atau ada campurtangan dari pemerintah?

    7. hadis yang diambil iaitu “Bayaran (upah kerja) sebelum peluh mereka (pekerja) kering” – apakah maknanya?

    8. apakah “hak-hak pekerja” yang ditetapkan oleh islam ? boleh huraikan secara terperinci?

    9. adakah sistem kapitalis dan libertarian menjamin hak-hak pekerja dan memastikan “Bayaran (upah kerja) sebelum peluh mereka (pekerja) kering” ? bagaimana sistem kapitalis dan libertarian memastikan hal ini?

    10. boleh berikan contoh negara-negara yang mengamalkan sistem libertarian yang telah berjaya menangani persoalan kemiskinan dan ketaksamaan dengan berkesan?

    11. boleh berikan contoh negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi islam yang telah berjaya menangani persoalan kemiskinan dan ketaksamaan dengan berkesan?

    12. dan boleh berikan contoh negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis yang telah berjaya menangani persoalan kemiskinan dan ketaksamaan dengan berkesan?

  14. Jonah,

    I think the prejudice on the word “capitalist” pretty much runs the debates on this site. I strongly believe that an “islamic” economy is based on free markets with the government playing as a “keeper of the rules”. In an economically just trading system, of course cheating, fraud and misrepresentation would be considered as crimes. The idea of a free market is simply a fundamental basis of free and transparent economic transactions between parties, the idea of “amanah” is wholly dependent on the individual itself, you can’t force comeone to be amanah, even if you can, it can’t possibly be enforced effectively (we’re talking about countless numbers of buyers and sellers here). To me there are no conflicting points between them, there are only lingering prejudices.

    And speaking of Caliph Umar. Yes, he did impose several economic regulations, but if we were to continue to Caliph Uthman’s reign (the golden age of the Rashidun Caliphate) he reformed those laws, and even abolished them (Umar a.s. land sale ban for instance).

    Note to all: I’m currently working in an evil corporation that exploits me with 10-hour daily shifts, so i won’t be as active ad i’d hoped, kekeke. But i’ll try to get the updates.

  15. Ni biar aku jawab:

    1. kenapa nabi muhammad hanya meninggalkan 6 dinar sahaja selepas beliau wafat?
    2. peninggalan harta hanya 6 dinar itu, bukankah tandanya bahawa nabi muhammad bukanlah seorang businessman sepertimana yang sering dipropagandakan?
    3. adakah nabi muhammad adalah seorang businessman atau nabi muhammad hanya bekerja menjalankan perniagaan khadijah?
    4. kenapa akhirnya khadijah berkongsi perniagaannya dengan nabi muhammad yang pada mulanya hanya seorang pekerja?
    5. antara nabi muhammad dan sahabat seperti yang diambil contoh (abu bakar dan uthman), yang manakah yang wajar kita ikuti cara hidupnya, nabi muhammad atau abu bakar/uthman ?

    Nabi s.a.w. nak tinggal berapa dinar pun itu hak dia sbb itu harta dia. Nabi s.a.w. kahwin dengan Saidatina Khadijah, ia mudah difahami. Tak timbul isu Nabi s.a.w. run the business bagi pihak Saidatina Khadijah atau apa. Bukan soal keutamaan Nabi s.a.w. atau sahabat r.a. di sini wahai teman. Ia soal prinsipal. Tunjukkan saya di mana Nabi s.a.w. menghalang hak pemilikan harta dan menyerang perniagaan? Dua syarat dlm Islam setahu saya ialah 1) Ia halal dan 2) Untuk kepentingan awam, sesuatu itu boleh diambil oleh negara dengan ganti rugi yang setimpal.

    6. sistem ekonomi islam yang diterangkan oleh penulis yang bernama hadi itu adakah bersandarkan “free market” iaitu membiarkan pasaran regulate sendiri atau ada campurtangan dari pemerintah?
    7. hadis yang diambil iaitu “Bayaran (upah kerja) sebelum peluh mereka (pekerja) kering” – apakah maknanya?
    8. apakah “hak-hak pekerja” yang ditetapkan oleh islam ? boleh huraikan secara terperinci?
    9. adakah sistem kapitalis dan libertarian menjamin hak-hak pekerja dan memastikan “Bayaran (upah kerja) sebelum peluh mereka (pekerja) kering” ? bagaimana sistem kapitalis dan libertarian memastikan hal ini?

    Kalian boleh search dulu satu entry di al-ahkam di mana nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda s.a.w. tidak menetapkan harga di pasaran. Jika tidak masakan ada sahabat yang kaya misalnya Abdul Rahman bin ‘Auf r.a.. Hujah sdr ttg upah sebelum kering harus diteliti juga dengan hujah dr hadis lain misalnya galakan Rasulullah s.a.w. untuk membuka perniagaan lain bg mengisi kekosongan pasaran (ini maksud hadis yg mulanya saya sangka tidak menggalakkan persaingan). Tentu jika sdr berani bertanya ttg hadis upah sblm kering, sdr juga berani mengambil hadis rezeki terbaik adalah dr usaha sendiri (mengambil tggjwb sendiri).

    10. boleh berikan contoh negara-negara yang mengamalkan sistem libertarian yang telah berjaya menangani persoalan kemiskinan dan ketaksamaan dengan berkesan?
    11. boleh berikan contoh negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi islam yang telah berjaya menangani persoalan kemiskinan dan ketaksamaan dengan berkesan?
    12. dan boleh berikan contoh negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis yang telah berjaya menangani persoalan kemiskinan dan ketaksamaan dengan berkesan?

    Tidak ada contoh yg jelas kerana dakwaan bahawa Khalifah Umar bin Abdul Aziz di zamannya tidak ada yg perlu bayar zakat tidak pernah disertakan dengan hujah dasar dan pendekatan ekonomi yang diambil. Jika kita mahu merujuk kepada Norway – mixed economy, saya percaya ia harus dirujuk dgn adil mengambil kira ratio kekuatan sumber dgn bilangan rakyat serta kesedaran mereka untuk mengambil dasar pasaran terbuka sebagai strategi menjana pertumbuhan. Hanya saja mereka percaya adanya influence kerajaan. Jujurnya, saya tidak begitu bermasalah dengan influence kerajaan selagi kerajaan tidak membuat perniagaan sendiri yg tentunya kerajaan ini akan bermatian menggunakan kuasa utk menjadikan perniagaannya berjaya dan berpotensi menindas peniaga.

    Pekerja? Pada saya mereka ada hak untuk memilih bekerja atau membuka perniagaan sendiri dan bersaing dlm sistem yg sihat dan adil. Semudah itu. Meskipun ramai berkata bahawa peniaga mengambil untung dari keringat pekerja which is valid for certain cases, pusingan modal dlm perniagaan bukanlah semudah itu. Sebab itu sy tak terkejut bila ada perniagaan pilih utk tutup dan akhirnya yg bermasalah ialah mereka yg hilang kerja.

  16. As’kum pada Muslim dan slama kepada non-muslim,

    Saudara Amin,

    Terima kasih kerana memahami apa yang saya cuba sampaikan melalui hadis tersebut.Apabila saya mengutarakan hadis tersebut ianya bertujuan untuk menjelaskan betapa Islam amat menitikberatkan keadilan di dalam sistem ekonominya.Juga untuk menjelaskan bahawa di dalam konteks permasalahan di antara majikan dan pekerja, Islam amat menitikberatkan kebajikan golongan buruh.Dan terima ksih kepada saudara Amin kerana beliau tidak menyalahanggap niat saya tersebut.Kerana daripada awal saya sudah menekankan bahawa Islam menggalakkan umatnya untuk berniaga dan mencari kekayaan peribadi bahkan kekayaan itu juga boleh diwariskan kepada keturunan mereka.Ini adalah fitrah manusia.Dan setiap permasalahan yang timbul daripada fitrah manusia ini, Islam telah menggariskan jalan penyelesaiannya.

    Kepada saudara ‘Mahasiswa Ekonomi’, jika kamu seorang muslim dan mengenal keperibadian Junjungan Besar SAW maka tidak timbul persoalan tentang peninggalan harta sebanyak 6 dinar oleh Baginda Muhammad SAW selepas kewafatan Baginda.Jika kamu non-muslim, ingin ditekankan di sini di dalam Islam apa sahaja yang kamu perolehi di dalam dunia adalah milik Allah SWT.Manusia adalah sebagai mereka yang menjaga amanah dari-Nya.Maksudnya setiap apa yang diamanahkan kepada kita (etc harta, anak-anak dsbgnya) adalah satu tanggungjawab yang harus diperlakukan dengan adil dan mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.Hence more, in the day of judgment, people will be justifies according to his belonging and possession and how they manage all those thing in the time of their life in the world.Every cent and every dollar, or every dinar and every dirham will be justifies by Allah whether it is used by them justicely or injusticely.No exception.Therefore it is appropriate to say that the reason Muhammad SAW did left his heir 6 dinar, based on this reason only.Even though, Muhammad is a holy prophet of Allah SWT and the fact that he is already confirmed his place among the chosen one in the Graceness of Allah SWT on the day of the judgement.(Maaf tidak berniat untuk buat syarahan kat sini :)).

    Apabila kita sebut tentang amanah dan tanggungjawab ini kita akan faham akan betapa peningkatan kepada amanah bermakna peningkatan kepada tanggungjawab yang harus dipikul oleh seseorang individu.This is the beauty of Islam, you see jika semua manusia benar-benar faham akan konsep ini, there will be no more injustice in the world.Unfortunately, even muslim (ruler, businessmen etc) seem not to understand or in a state of ignorance therefore resulting more problem after a problem in whatever their doing because the fundamental of it all has been left out from their book of ruling or the manual of their activities.Muhammad SAW ingin memberi satu gambaran bahawa whoever you are or whoever you have become (businessmen, politician, an artist or whatever), in the end of the day we are all the slave of Allah SWT and all your wealth and position means nothing, nothing at all.

    Jadi aku rasa terang di sini mengapa Rasulullah SAW hanya meninggalkan 6 dinar selepas kewafatan Baginda walaupun apa yang kita semua ketahui secara umumnya beliau adalah seorang ahli perniagaan di masa hidupnya selain beliau juga adalah seorang pemimpin kepada seluruh umat Islam dan juga seorang ketua keluarga dan sbgnya di mana saya rasa kamu harus sendiri kembali mengkaji sejarah kehidupan Baginda dengan lebih lanjut dan komprehensif.

    Jika ada yang tersalah harap dapat diperbetulkan.

    Wallahua’lam

    W’salam

  17. “Please take note that I was only gave those reason for a general understanding only.In doing that, there’s a possibility that every important details of information or facts might be left out by me.Or maybe I didn’t explain it accurately enough.So, please my brother or sister, correct me if I’m wrong.

    Salam.”

  18. Sdr Hadi dan kawan2.

    Kita di sini tidak bermusuh, hanya bertukar pendapat dari latar pengetahuan kita. Kita pun tak tahu seluas mana ilmu Allah s.w.t..

    Ptg tadi ketika memandu, sy terdengar petikan hadis dr ustaz apa nama selamat beramal tu? Dia petik hadis berkaitan kaya lebih baik dari miskin, lebih kurang camtu la.

    Saya juga tidak akan berkompromi misalnya pendekatan yang tidak manusiawi oleh golongan mana-mana sekalipun.

  19. As’kum,

    Saudara Amin,
    :) begitu juga saya.Saya cintakan diskusi ilmiah sebegini tidak kira jika ianya adalah condong kepada sekular atau Islam.Cuma kadangkala apabila ada individu yang sewenang-wenang menyalahgunakan nama Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW saya tidak dapat menahan rasa marah saya.Jika ingin mempertahankan ideologi atau isme2 yang kamu dukung, sila jangan kaitkan nama Rasulullah jika ianya inappropriate atau baseless proposition atau sekadar rasa-rasa or hearsay or anything yang samar-samar.Nak defend sosialisme sila rujuk pada sosialis atau sekularis yang lain.Muhammad SAW dan Islam tidak ada kena mengena dengan sosialisme atau isme2 yang lain.Kalau ada yang berbau bacang ianya cuma kebetulan kerana setiap ideologi itu matlamat akhirnya adalh untuk memberi penyelesaian kepada permashalahan manusia.Dan di antara ciri-ciri Islam adalah ianya syumul, atau ianya datang dengan sistem hidup yang lengkap dan relevan sepanjang zaman.Pendek kata, di dalam Islam sudah ada penyelesaian kepada setiap permashalahan yang menyelubungi umat manusia secara amnya.Dan ini tidak bermaksud saya tidak menerima langsung pandangan daripada pihak sekular, bahkan saya rasa kita (muslim) harus belajar daripada mereka.Sains, teknologi dan ekonomi, umat Islam terlalu jauh ketinggalan (shame on us!).Therefore, I urge all muslim to gain as much knowledge that they can grab.

    Kebanyakan muslim fobia pada nama liberal, kapitalism, sosialisme dan sbgnya kerana mereka menganggap apa yang keluar dari akal pemikiran kuffar adalah sesuatu yang kufur dan penuh kebatilan.Al-Ghazali ada menyebut, golongan ini adalah golongan yang akan membahayakan Ummah.Prejudis mereka pada ilmu pengetahuan sekular akan sekadar melemahkan mereka dan umat Islam seluruhnya.Akan tetapi, bukan bermaksud apabila kita belajar daripada isme2 kuffar ini kita juga harus menjadi pendukung dan pembela ideologi mereka, tetapi kita gunakan ianya sebagai alat untuk membangunkan Ummah mengikut acuan Islam.Intelektual mesti dihadapi dengan intelektual bukan pedang atau senapang atau meriam.Islamization knowledge atau Islamisasi Sekular adalah heading pada misi seluruh Da’i.

    Berbalik kepada saudara Amin,

    Selain daripada petikan hadis yang kamu berikan, ada juga terdapat hadis yang menggalakkan umatnya menyimpan harta untuk diwariskan kepada keturunannya.Ianya lebih kurang berbunyi begini,

    “Sesungguhnya engkau meninggalkan warismu di dalam keadaan hidupnya bercukupan (dari segi harta benda) itu lebih baik daripada meninggalkan mereka di dalam kemiskinan (yang kemudian) meminta-minta kepada manusia lain.” (HR Muttafakun ‘Alaih)

    Daripada hadis ini juga datangnya sistem takaful antara generasi (Takaful Aiyyaal) yang saya rasa tak perlu diperjelaskan di sini kerana lari daripada konteks perbincangan.My point is, Islam tidak menggalakkan umatnya hidup di dalam kemiskinan dan meminta-meminta kepada orang lain.Jika ada tenaga dan sumber berniagalah dengan adil dan kumpullah kekayaan dan harta benda yang halal cuma jangan jadikan ianya sebagai matlamat hidup.Ini adalah kerana matlamat ekonomi di dalam Islam hanyalah satu yakni Allah SWT.Dan dari situ datangnya keadilan dan dari situ juga datangnya penyelesaian kepada segala permashalahan aktiviti ekonomi manusia.

    Wallahualam.

    W’salam

  20. sekadar pertanyaan kepada hadi:

    tidakkah hadis yang dipetik itu berlawanan dengan fakta hidup nabi muhammad yang tidak meninggalkan sebarang harta kepada keluarga dan warisnya kecuali 6 dinar sahaja.

    bolehkah hadis tersebut dipakai apabila ianya bertentangan dengan fakta hidup nabi muhammad sepertimana yang kita ketahui menjalani kehidupannya dengan zuhud ?

    libertarian itu adalah idea sekular berakar umbi daripada idea-idea kelasik liberal yang diajukan oleh locke, smith, hume dsb dan bertunjangkan falsafah nietzsche yg bersandarkan kepada idea “manusia bebas” dan “God is dead”.

    memandangkan pendukung mazhab libertarian ini juga sering menggunakan nama junjungan besar nabi muhammad untuk melegitimasikan ideologi libertarian mereka, bagaimana saudara hadi menanggapi persoalan libertarian yang sekular dan berakar umbi dari falsafah nietzsche ini dengan islam?

  21. prinsip dari ikrar nabi s.a.w. sudah jelas.

    jika sdr tumpang tanya nak kata hadis ini bertentangan dgn amalan nabi s.a.w., saya nak tanya siapa dari kalangan kita yg solat sampai bengkak2 kaki?

    come on guys, islam ni agama sederhana. dalam hal pemilikan harta (yang diclaim libertarian), islam juga bersetuju cuma islam letak 2 batas spt yg saya nyatakan dalam komen sebelum ini. ia mudah. kenapa kita mesti membunuh wacana dgn label sekular, anti tuhan dan sbgnya?

    galakkan saja semua org ambil tahu. jika mereka benar cintakan islam, maka mereka juga akan mengambil tahu tentang islam sbg perbandingan. nak dengar apa saja pun dengarlah. jika mereka tak mahu mendengar pandangan islam, adakah kita perlu memaksa? utk saya, dalam cenderung kpd pdgn libertarian, saya kekal cuba mendalami pandangan agama saya. sama juga ketika saya membaca tentang sosialisme.

    aduh!

  22. Salam,
    Baca surah fatir 35:2 fahamkan,kalau faham kita tidak perlu saling menyalahkan atau berdebat siapa salah atau betul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 54 other followers

%d bloggers like this: